Bazar Raya NADI
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025 (Sabtu), NADI Sungai Bandung telah mengadakan Bazar Raya NADI di perkarangan NADI Sungai Bandung. Bazar Raya NADI ini telah diadakan serentak diseluruh NADI di Malaysia. NADI Sungai Bandung telah mempromosikan tapak jualan kepada usahawan setempat untuk berniaga di Bazar Raya NADI. Terdapat dua orang usahawan tempatan telah menjual produk mereka seperti kerepek, biskut raya dan kuih kering.
Disamping itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di NADI Sungai Bandung untuk menarik minat komuniti yang datang iaitu dengan mempromosikan Smart Services yang terdapat di NADI. Antaranya seperti Webinar Kesejahteraan Kendiri, Webinar Kidventure, Podcast NADI Preneur, Taklimat Safe & Shield yang bertajuk Keselamatan Dalam Talian, Taklimat Cybersecurity dan juga Kelas Kesedaran eSukan. Petugas NADI Sungai Bandung juga membuat aktiviti saringan kesihatan kepada komuniti yang hadir ke Bazar Raya. Selain itu juga, terdapat aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga turut diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: